SINOPSIS
Takdir Allah itu sangat indah.
Tidak kisahlah bagaimana ia bermula, ada sedih, gembira, duka dan airmata.
Namun yang pasti setiap yang tertulis itu ada rahsia dan hikmah yang
tersembunyi. Begitulah yang berlaku diantara Hana dan Zafran.
Zafran : eh, kau jangan buat aku marah boleh tak?
Hana: kau tu yang tiba-tiba nak marah kenapa? Kau ingat kau sorang je ke yang
boleh naik angin?”
Bagi Hana, cinta dan kasihnya
hanya pada Azril. Tidak mungkin dia berikan pada orang lain. Namun pemergian
Azril sedikit sebanyak membuat pintu hati Hasna tertutup pada mana-mana lelaki.
Dia hanya mampu berserah, demi kasih sayang pada ibu bapa angkatnya dan untuk
cuba menghapuskan rasa cinta pada Azril. Akhirnya dia terpaksa menerima Zafran,
walau terpaksa, demi maruah keluarga angkatnya, dia pasrah.
Namun bagi Zafran pula, mana
mungkin dia menerima Hana sedangkan hatinya hanya pada Anis. Sungguh dia tidak
menduga cinta Anis padanya selama ini hanya palsu. Puas dia merayu namun Anis
meninggalkannya beberapa jam sebelum mereka diijab kabulkan. Akhirnya demi maruah keluarga dan menjaga
hati mamanya, dia bersetuju untuk berkahwin dengan Hana, wanita yang tidak
pernah dia kenal latar belakang dan 4 tahun lebih tua darinya.
Masing-masing terlalu ego. Cuba
menjalani kehidupan bersama namu sikap kedua-duanya yang panas baran dan tidak
boleh bertolak ansur begitu menyulitkan hubungan suami isteri ini. Mampukah
mereka bersatu dan melayari bahtera bersama?
PROLOG
PROLOG
Suasana
malam diperkarangan rumah kayu itu agak hiba. Dengan deretan kenderaan yang diparkir
dihalaman rumah, bertambah suram dengan suara tangisan pilu dan alunan bacaan
yassin yang datang dari dalam rumah tersebut. Curahan hujan yang tidak henti
sejak dari waktu Asar tadi, sedikit sebanyak mengusik perasaan para penghuni
rumah tersebut. Di ruang tengah rumah
terlihat sekujur tubuh kaku berbalutkan kain kafan. Semerbak bau kemenyan menyelubungi
seluruh sudut rumah tersebut. Disisi jenazah itu, seorang gadis sedang
membacakan yassin. Wajahnya sembab dek air mata. Menangisi pemergian tunangnya
Azril menghadap yang Maha Esa akibat
kemalangan petang tadi.
“Hana, banyakkan bersabar ya. Ini semua
ketentuan tuhan nak.” Hanya
itu yang mampu diungkapkan oleh Puan Salbiah. Wanita berusia lingkungan 50-an
itu turut bersedih akan kehilangan anak tunggal kesayangannya. Tidak pernah
beliau menduga anak kesayangan pergi menghadap Ilahi kira-kira 2 hari sebelum
melangsungkan pernikahan bersama tunangannya Hana.
Hana
hanya memandang sepi. Disaat ini, tiada kata yang mampu keluar dari bibir
mulusnya. Sungguh tidak tertanggung akan dugaan ini. Disaat hari bahagianya
bersama Azril hampir tiba, dia kehilangan kekasih hatinya. Hancur impian Hana
untuk menikmati mahligai cinta bersama Azril. Kasih sayang yang pada mulanya
hanya berlandaskan hubungan adik dan abang angkat itu berubah menjadi cinta.
Hampir 7 tahun mereka menyemai cinta bersama.
Hana
Nazra seorang anak yatim piatu. Dia dibesarkan di rumah anak yatim dan hanyalah
sebatang kara. Pertemuannya dengan Azril ketika masing-masing berada di
matrikulasi yang sama kira-kira 7 tahun yang lalu telah memberikan sinar buat
Hana. Azril memperkenalkan Hana dengan ahli keluarganya dan sejak itu hidup
Hana berubah apabila keluarga Azril mengambil hana sebagai anak angkat.
“mak, apa salah Hana mak? Kenapa semua
yang hana sayang pergi tinggalkan Hana?. Hana tak sanggup nak terima semua ni
mak.” Luah Hana pada
Puan Salbiah, wanita yang telah dianggap sebagai ibunya sendiri.
“ini semua takdir Hana. Kita kena redha.
Hana janji dengan mak ya. Hana kena kuat.” Pujuk Puan Salbiah.
Tak sanggup untuk dia melihat Hana dalam keadaan begitu. Dan dia juga tidak
sanggup untuk kehilangan Hana.
“Yah, semua dah siap. Bolehlah kita uruskan
pengebumian jenazah secepat mungkin.Kalau tunggu lama-lama nanti tak elok
pulak. ” Encik Ramli,
suami Puan salbiah muncul dari anjung rumah. Puan Salbiah hanya mampu memandang
wajah suaminya dengan linangan air mata. Dia mendekati jenazah Azril. “Selamat jalan Azril. Inilah perjalanan
terakhirmu nak. Jangan risau, mak redha. Tenanglah dikau disana. Mak ampunkan
segala dosa-dosa Azril. Semoga kita dapat berjumpa lagi diakhirat kelak wahai
anakku”. Ujar Puan Salbiah.
Hana
hanya mampu memandang. Tidak terdaya untuk dia berdiri lagi. Hanya doa yang
mengiringi . “sabarlah duhai hati. Semoga
kita berjumpa lagi sayangku”. Dan
hujan yang mencurah-curah tanpa henti seolah-olah mengiringi pemergian Azril.
BAB 1
BAB 2
Hana
menghabiskan bacaan yassin lalu menutup dan mengucup naskah tersebut. Disimpan
rapi naskah tersebut didalam beg tangannya. Hana mengutip guguran bunga kemboja
yang jatuh diatas pusara arwah Azril. Dipandangnya sayu batu Nissan yang tertera
nama Azril Afandi Bin Ramli. Disentuh nisan tersebut. Rindu hatinya, sebak,
pilu bercampur baur perasaan itu. Sudah tiga tahun pemergiaan Azril. Dirasakan
seperti baru semalam dia menatap wajah kekasihnya. Seolah-olah Azril sentiasa
ada disisinya. tiga tahun kehilangan Azril, pintu hatinya tertutup untuk
menerima cinta mana-mana lelaki. Ternyata kasih dan cintanya pada Azril masih
belum lupus di ingatan.
“Selamat hari raya abang. Hana teringin
sangat nak salam dan cium tangan abang. Hana rindu sangat kat bang.”
Hana menyeka airmatanya yang hampir menitis.
“ Maafkan Hana abang. Hana dah cuba
untuk melupakan abang tapi hati Hana ni terlalu rindukan abang. Abang, jodoh
kita didunia ini tiada, Hana harap Hana akan bertemu abang di akhirat nanti.”
Hana memujuk hati. Air matanya menitis, tak dapat dibendung lagi. Sayup
kedengaran takbir raya memecah kesunyian pagi Syawal itu.
Puan
Salbiah menghampiri Hana. Disentuh lembut bahu gadis tersebut. Sayu hatinya
melihat anak angkatnya yang bersedih. “Hana,
jom kita balik. Abah dah tunggu dalam kereta tu. Ajak Puan Salbiah.
“Hari ini kan hari raya. Tak elok kita
bersedih sayang. “
“Maafkan hana mak. Hana Cuma tak dapat
menahan perasaan tadi.” Hana cuba menenangkan dirinya.
“abang, Hana balik dulu ya. Assalamualaikum
sayang”.
Hana
bangkit dan berjalan meninggalkan pusara azril. Dilemparkan senyuman pada Puan
Salbiah.
“Jomlah mak kita balik. Hana nak makan
rendang ayam yang mak buat tu”
Puan
Salbiah membalas senyuman Hana dan mereka berjalan beriringan mendapatkan Encik
Ramli.
“Abang, lepas makan nanti bolehla kita
bertolak ke Kuala Lumpur. Hana boleh ikut sekali.”
Cadang Puan Salbiah pada suaminya.
“Ke Kuala Lumpur? Kenapa mak?”
Hana bertanya. Hairan pula bila mak angkatnya tiba-tiba ingin ke Kuala Lumpur
pada pagi syawal. Semalam, penat dia menempuh kesesakan lalulintas dari tempat
tinggalnya di Kuala Lumpur ke Ipoh semata-mata ingin menyambut raya bersama
emak dan bapa angkatnya.
“anak saudara mak, anak kepada kepada
adik mak nak kahwin esok. Akad nikahnya esok pagi, resepsi sebelah pengantin
perempuan pula pada esok malam. Jadi mak nak gerak awal la sikit. Lagipun raya
ketiga nanti ada majlis resepsi sebelah pengantin lelaki pula. Kalau kita pergi
awal-awal, dapat jugak mak tolong apa yang patut.”. jawab
Puan Salbiah. Sudah lama tidak berjumpa dengan adiknya Rosnah. Rindu juga
hatinya.
“adik mak tu tinggal kat mana di KL?”
Tanya Hana. Hana pernah beberapa kali mendengar Azril bercerita mengenai ibu
saudaranya yang menetap di KL. Dan beberapa kali juga arwah Azril mengajaknya
untuk untuk menziarah ibu saudaranya itu tetapi Hana menolak kerana segan.
“Kat Gombak. Dekatlah dengan rumah Hana”.
Jawab Puan Salbiah.
“oh ye ke. Hana tinggal kat Setapak mak.
Tapi kira dekatlah juga kan. Hehe”. Tersengih Hana mendengar
Jawapan emak angkatnya itu. Beberapa kali dia sudah memaklumkan yang dia sudah
berpindah dari Gombak ke Setapak. Mungkin Puan Salbiah lupa.
“okeylah mak. Jom kita balik. Hana lapar ni.
Tadi tergesa-gesa keluar rumah nak pergi sembahyang raya sampai tak sempat nk
makan. Fuh, tak sabar nak makan rendang yang mak masak.” Gesa Hana. Memang
saat itu perut dia asyik berkeroncong. Lapar sangatlah tu.
Zafran
memandu menyusuri bukit Cemerlang dan berhenti di perkarangan rumah banglo dua
tingkat yang tersergam indah di persiaran Ria Cemerlang. Kelihatan beberapa
buah kereta diparkir di bahagian hadapan rumah. Beberapa orang pekerja dilihat
sedang sibuk memasang khemah berwarna ungu. Mereka ini adalah pekerja yang
diupah oleh ibunya untuk persiapan majlis resepsi perkahwinan zafran yang bakal
berlangsung pada hari raya ketiga nanti.
Zafran mengeluarkan beg pakaiannya dari dalam bonet kereta. Suasana
sedikit riuh kerana sudah menjadi adat tradisi rumah keluarganya dikunjungi
sanak saudara bila tiba hari raya. Apatah lagi esok pagi zafran bakal bernikah
dengan tunangannya, Anis. Tiga tahun mereka mengikat tali pertunangan. Dalam
tempoh itu, pelbagai dugaan yang terpaksa mereka tempuh, dan akhirnya mereka
bakal bersatu.
“assalamualaikum mama. Selamat hari
raya”. Zafran mendapatkan mamanya yang sedang sibuk membetulkan
langsir di ruang tamu.
“waalaikummussalam. Eh anak mama dah
balik. Zaf parking kereta kat mana? Mama tak Nampak pun kereta Zaf”
“kat luar mama. Banyak sangat kereta kat
depan rumah. Kenapa nak pasang khemah awal sangat ni mama? Lagipun kan majlis
kat rumah kita ni pada raya ketiga.“
“patutlah mama tak dengar bunyi enjin
kereta Zaf tadi. Alah, biarlah pasang awal-awal kan senang. Nanti tak de lah
nak kalut sangat. Jawab Puan Rosnah sambil tangannya sibuk membetulkan alas
meja.
Eh macam mana perjalanan dari Kota Bharu
tadi?”.
biasalah ma, hari raya. Tapi nasib baik
jugakla Zaf ambil Flight, kalau tak memang tahun ni Zaf beraya atas jalanraya
ajelah. Zafran bersyukur kerana sempat membeli tiket penerbangan
dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur pada hari raya. Mungkin agak mahal sedikit
kerana waktu puncak tapi dia sanggup membayar lebih asalkan dapat pulang ke
rumah untuk berhari raya. Lagipun dia tidak sanggup untuk memandu dari Negeri
Cik Siti Wan Kembang itu pada musim perayaan begini. Perjalananan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur yang sepatutnya
memakan masa 7 jam setengah itu boleh bertukar menjadi 15 jam dek kerana
kesesakan lalu lintas.
Oh ya, tadi dari KLIA Zaf sempat singgah kat
rumah Zaf di Sentul tu sekejap. Ini hah, ketupat jiran Zaf bagi. “ Ujar
Zafran, sambil menghulurkan beg plastik berisi ketupat daun palas kepada
mamanya.
“eh, ketupat daun palas. Sedap ni. Bukan
senang nak dapat kat Gombak ni tau.” Puan Rosnah menyambut
huluran bungkusan dari Zafran dan terus berlalu ke dapur.
Mama masak apa? Sedapnya bau. Zaf lapar
ni.” Perut Zafran mula berkeroncong.
“mama masak rendang itik kesukaan Zaf. Ha,
nasi dagang dari negeri cik Siti wan kembang pun ada jugak tau. Pergilah makan.
Kakak dengan abang ipar kamu pun ada kat dapur tu hah.” Ujar Puan Rosnah.
Sungguh gembira hatinya dapat menatap wajah satu-satunya anak lelaki beliau.
Zulfan Zafran, anak bujangnya yang berusia 26 tahun. Bila Zafran pulang, terubat
sedikit hatinya yang masih merindukan suaminya, Arif, yang sudah setahun
meninggal dunia.
Zafran merupakan seorang jurutera projek di
sebuah syarikat kejuruteraan di Kuala Lumpur. Pekerjaannya kadang-kadang
memerlukan Zafran bergerak kesana sini mengikut permintaan projek syarikat dia
bekerja. Dia baru sahaja selesai bertugas di Kota Bharu semalam dan baru hari
ini dapat pulang ke Kuala Lumpur.
“amboi bakal pengantin ni. Berseri-seri
je akak tengok”. Amanda muncul dari arah dapur sambil
mendukung Syakil, bayinya yang berusia 3 bulan. Zafran mendapatkan Amanda dan
bersalaman dengan kakaknya.
“Eh, mestilah berseri kak. Orang esok
pagi nak dapat bini kan.”. Seloroh Zafran. Sebenarnya hati
Zafran agak berdebar menanti saat dia akan dinikahkan malam nanti. Amanda hanya
mencebik. Dia sejujurnya tidak begitu menyukai Anis, tunangan Zafran. Amanda
begitu mengenali Anis yang juga merupakan bekas rakan sekerjanya ketika mereka
sama-sama bertugas sebagai guru di sebuah sekolah di Hulu Terengganu. Entah kenapa
dia tidak begitu berkenan dengan perangai Anis yang boleh dikatakan agak
materialistik baginya.
“Hmm.. ni pukul berapa nak bertolak ke
masjid esok ni?”. Soal Amanda.
“Dalam pkul 9.00 pagi lah kak.”
“tak apalah kalau begitu. Siapkan apa
yang patut awal-awal sikit. Tidaklah kelam kabut nanti. Anis ada telefon Zaf
tak?”
“sudah beberapa hari kami tak berhubung
kak. Masing-masing sibuk dengan persiapan.” Jawab Zafran.
Memang sepanjang seminggu yang lalu, dia dan Anis agak jarang berhubung dek
kerana kekangan kerja dan persiapan disaat akhir. Lagipun Zaf sibuk di tapak
projek di Kota Bharu manakala Anis bertugas di sebuah Sekolah Menengah di
pedalaman Sabah. Kekangan waktu dan jarak yang agak berjauhan sedikit sebanyak
menjejaskan komunikasi mereka berdua. Walaupun kadang-kadang ada sedikit
keraguan dihati Zafran dengan sikap Anis yang seperti cuba merenggangkan diri,
namun dia cuba untuk bersangka baik dan mengusir jauh-jauh perasaan sebegitu.
Harapan Zafran semoga esok segala impian dan doanya selama ini tercapai.
“pelik akak tengok kamu berdua ni tau.
Korang betul-betul ke nak kahwin?”
“eh, betul-betul la kak. Apa ingat
kitorang main-main ke? Serius lah ni.” Jawab Zafran. Kadang-kadang
dia seperti merasakan Amanda tidak begitu suka jika dia berkahwin dengan Anis.
“hmm. Apa-apa jelah. Elok sangatlah
korang berdua ni kahwin. Dua-dua pelik”. Tempelak Amanda.
“bagusla pelik kak. Itu namanya sehati
sejiwa. Hahahahaaha” Zafran memulang paku buah keras. Geli pula
hatinya melihat Amanda menjegilkan mata dan menjelirkan lidah pada Zafran
sebelum berlalu ke ruang tamu.
No comments:
Post a Comment
Thank you for your feedback