Friday, 22 August 2014

Alpa

Hari ini, untuk sekelian lama, ku jejak kan juga kaki di kota ini.

3 bulan ku tinggalkan negeri ini, kota ini, bandar ini. Ternyata suasana agak berbeza sekali. Pernah dulu aku begitu taksub dengan kesibukan kota ini. Keseronokkannya, kealpaannya, keangkuhannya. Hingga aku tersasar jauh dek kerana ketamakan warganya. Aku lupa tujuan asalku. Aku lupa asal usulku. Aku lupa akar melayuku. Begitu hanyut dengan dunia, aku lupa erti kehidupan ku... Sungguh dulu aku alpa, kerana terlalu taksub dengan cita-cita ku. Semua ingin ku kejar, sampai terkadang solatku seakan terlalu mengejar waktu. Doaku, ikhlasku, hilang menjauh.....

Hari ini aku pijak bumi ini lagi, dek kerana tugasan menggunung. Aku jejak setiap lorong yang pernah kutempuh. Sungguh, aku bersyukur kerana aku masih selamat. walau dulu pernah dilanda badai yang mengganas. 

No comments:

Post a Comment

Thank you for your feedback